Cuti sekolah dah pun bermula, barulah ada ruang untuk menulis dan menatap blog.InsyaAllah sepanjang bulan puasa ni ada ruang sedikit untuk mencatat sesuatu di sini.Biasalah seorang suri rumah tangga nie kan.Tetapi dalam kegembiraan menyambut Ramadhan sayu juga di hati bila teringat orang yang kita sayang sudah tiada di sisi kita .Seorang demi seorang pergi , yang tinggal hanyalah kenangan indah bersama mereka. Menitis juga air mata di petang ini, masih teringat setiap kegemaran dan perilaku mereka yang menghiburkam. Semoga roh mereka bersama golongan orang yang soleh. Apatah lagi bila di TV ditayangkan Konsert arwah Ust Asri. Dapat saya bayangkan dan rasakan betapa sayunya keluarga mereka menyambut Ramdhan kali ini.Saya yang berusia sukar melupakan orang yang kita sayang , apatah lagi keluarga Ust Asri yang masih kecil. Hakikatnya Allah lebih menyanyangi mereka. Bersyukur kita kerana masih dikurniakan usia untuk menemui Ramadhan tahun ini. Tertanya di hati apakah kita akan menemui Ramadhan di tahun hadapan atau apakah kita akan berjaya menjalani ibadat puasa hingga ke penghujungnya.Semuanya dalam Kitab Allah, kita tidak tahu dan hanya mampu berdoa. Oleh itu bersamalah kita menafaatkan amalan dibulan mulia ini sebagai bekal untuk ke alam kekal abadi.
Friday, August 21, 2009
Friday, August 14, 2009
Mula blog
Subscribe to:
Posts (Atom)